Sekolah kami telah meletakkan 4 cermin dan jalan di depan sekolah juga telah ditutup dengan tar yang baru. Menurut Penolong Kanan ACS, En. Azlan cermin dan penutupan jalan raya tersebut adalah ditaja oleh penduduk Kampar. Empat cermin tersebut telah diletakkan di tiga tangga utama iaitu tangga berhampiran kantin, tangga berhampiran PSS dan tangga berhampiran dengan sick bay dan di depan pejabat. Cermin-cermin tersebut bernilai RM60 satu. Cermin tersebut telah ditulis dengan perkataan-perkataan dibawah :-
 Cerminkan Diri (Depan pejabat)
 Imej Diri (PSS)
 Siapakah Saya (kantin)
Tar jalan raya telah memakan belanja sebanyak RM35000. (Mungkin sahaja) Tar jalan raya ini telah ditajakan oleh sebuah syarikat dan penduduk Kampar (mungkin sahaja)
|